Parlimen: Laksana gaji minimum TVET lebih tinggi elak jurutera berhijrah  - Utusan Malaysia

Parlimen: Laksana gaji minimum TVET lebih tinggi elak jurutera berhijrah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan menaikkan gaji minimum bagi graduan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) harus dilaksana kerana gaji yang rendah dikhuatiri mendorong jurutera atau graduan bidang itu berhijrah ke luar negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata, graduan TVET hanya menerima gaji minimum RM2,250 pada 2021 yang disifatkan tidak wajar dan perlu kenaikan lebih tinggi.

“Ini (gaji rendah) tidak boleh diterima. Sebab itu cadangan Timbalan Perdana Menteri (menaikkan gaji minimum TVET) baik dan harus dilaksana supaya lebih tinggi, kalau tidak jurutera akan berhijrah ke negara lain kalau gaji rendah,” katanya Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) jika kerajaan merancang menaikkan gaji minimum RM3,000 (cadangan) yang disifatkan tidak praktikal memandangkan sekarang sudah berjumlah RM2,500.

Bagaimanapun, Chin Tong sebelum itu memberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesyor supaya graduan TVET diberi gaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Dalam pada itu beliau berkata, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta terpilih dicadang mengambil alih pengurusan sebahagian institusi TVET supaya latihan dan pendidikan institusi tersebut memenuhi keperluan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) tentang rancangan kerajaan dalam mengenal pasti dan meneroka industri baharu bagi tujuan TVET supaya meningkatkan peluang pekerjaan dalam industri baharu berteknologi tinggi.

“Semasa membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri mengesyor supaya model Penang Skill Development Centre (PSDC) digunapakai sebagai teladan. PSDC ditubuhkan dengan usahasama kerajaan negeri, industri dan badan pengurusan PSDC. 

“MITI juga telah merangka Dasar Pelaburan Baharu Negara berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional bagi merencana agenda pelaburan nasional negara yang holistik, sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan aliran masuk pelaburan ke dalam negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya