Paip pecah, 55 kawasan terjejas bekalan air - Utusan Malaysia

Paip pecah, 55 kawasan terjejas bekalan air

Paip pecah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 55 kawasan di daerah ini dan Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pelaksanaan kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan di semua kawasan itu bermula pukul 10 malam ini.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pukul 6 pagi esok. Bekalan air akan disalurkan secara berperingkat selepas kerja itu siap dan menstabilkan sistem bekalan,” katanya.

Kawasan terjejas antaranya Taman Sentosa, Kota Pendamar, Taman Sri Andalas, Pelabuhan Utara, Pulau Ketam, Sementa dan Seksyen 32.

Selain itu, ia melibatkan Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Parkland, Kampung Pulau Indah, Bandar Sultan Suleiman dan Kampung Teluk Gong.

Jelas Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan.

“Lori-lori tangki air akan digerakkan ke dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Justeru, orang ramai dinasihatkan  menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan,” ujarnya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai gangguan itu menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor atau menghubungi talian 15300.   

Sebarang pertanyaan dan aduan turut boleh diajukan menerusi Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya