Muhyiddin disiasat kenyataan didakwa berbaur fitnah terhadap PM

Muhyiddin disiasat kenyataan didakwa berbaur fitnah terhadap PM

A ASMADI ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan itu susulan laporan polis dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada 4.11 petang semalam oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

“Ia berhubung satu video tular di media sosial berkaitan sidang media oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati video berdurasi 11 minit 11 saat itu dikatakan mempunyai unsur fitnah terhadap pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara (Anwar),” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Menurut A. Asmadi, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan terhadap Muhyiddin.

Laporan polis dibuat berhubung kenyataan Muhyiddin yang mendakwa kes mahkamah terhadapnya ada campur tangan politik.

Kamil dilaporkan berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat dan mengambil tindakan kerana ia mengundang pelbagai spekulasi buruk terhadap institusi penguatkuasaan dan kehakiman negara.

Katanya, kenyataan yang dilemparkan itu adalah tohmahan dan fitnah untuk mencipta persepsi negatif terhadap Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.