Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik Oscar

Michelle Yeoh menang Pelakon Wanita Terbaik Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOLLYWOOD: Pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi anugerah Oscars Kali Ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, California.

Kemenangan itu dinilai berdasarkan lakonan hebat Michelle menerusi filem Everything Everywhere All At Once sekali gus mengangkat beliau sebagai wanita Asia pertama yang meraih trofi berprestij tersebut.

Michelle, 60, merupakan wanita Asia pertama yang dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik sekali gus melakar sejarah baharu dalam industri perfileman antarabangsa.

Tampil anggun mengenakan persalinan berwarna putih, jelas terpancar wajah kegembiraan Michelle ketika menerima trofi di atas pentas yang menjadi dambaan pelakon dari seluruh dunia.

Filem tersebut turut mendominasi Oscars dengan menggondol tujuh anugerah termasuk pengarah terbaik, suntingan terbaik, pelakon pembantu terbaik dan lakon layar terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya