Menteri buktikan tiada sebarang pelanggaran usul UMNO - Ahmad

Menteri buktikan tiada sebarang pelanggaran usul – Ahmad

UMNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO menyifatkan pengecualian yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan membuktikan parti itu tidak melanggar sebarang peraturan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap penjelasan tersebut.

“Saya sudah jelaskan yang tiada sebarang pelanggaran kepada peraturan dan Perlembagaan UMNO berhubung usul dalam Perhimpunan Agung 2022.

“Ini bukan kali pertama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Maka kita terus melangkah ke hadapan untuk mendekati dan membantu rakyat,” katanya dalam media sosial.

Terdahulu, Saifuddin berkata, pihaknya telah meneliti mengenai ketetapan yang dibuat oleh perhimpunan tersebut daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

“Kementerian telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang.

Di bawah Seksyen 70, menteri diberi kuasa untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan akta.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN