Mentega Terbang: Penerbit, enam pelakon diambil keterangan

Mentega Terbang: Penerbit, enam pelakon diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan penerbit serta enam pelakon filem Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi dengan jalan cerita yang didakwa mempersendakan Islam.

Ini menjadikan seramai sembilan individu dirakam percakapan termasuk pengarah dan seorang lagi pelakon filem terbabit. 

Setiuasaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tujuh individu itu telah hadir ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 1 petang, semalam 

“Bagaimanapun, masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya hari ini. 

Sebelum ini, PDRM telah menerima sebanyak lapan laporan polis susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka.

Kes tersebut disiasat oleh USJT, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati kandungan filem ‘Mentega Terbang’ terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik berkata, Jakim akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya