Mara wujudkan inovasi baharu kurangkan kos pembiayaan

Mara wujudkan inovasi baharu kurangkan kos pembiayaan

ASYRAF Wajdi Dusuki (tiga kanan) merasmikan Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar di Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mewujudkan inovasi baharu yang boleh mengurangkan kos pembiayaan bagi segmen pinjaman yang ditawarkan agensi itu ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inovasi baharu itu akan menggunakan pelbagai instrumen kewangan Islam yang lebih banyak dan efisyen.

“Ketika ini, pembiayaan Mara adalah bebas daripada unsur riba malahan berasaskan islamik. Mara mempunyai pelan dan pengalaman untuk mewujudkan inovasi baharu yang akan mengurangkan kos pembiayaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar (Prosolar) di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga akan membantu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu beralih kepada pembiayaan yang menepati kehendak syariah, selain lebih cekap dan tidak membabitkan kos yang tinggi.

Terdahulu, Asyraf Wajdi melancarkan Prosolar iaitu salah satu daripada inisiatif di bawah Program Pembangunan Usahawan Teknikal (ProTECH) yang mendapat peruntukan khas daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagi membangunkan usahawan teknikal terutama dalam bidang berteknologi tinggi.

Lebih 100 usahawan teknikal terpilih untuk diberikan pendedahan terhadap industri tenaga solar di samping perkongsian pengalaman dalam kalangan pemain industri dan agensi kerajaan yang berkepentingan.

Asyraf Wajdi berkata, program yang dilaksanakan itu menyasarkan penyertaan usahawan daripada lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurutnya, Mara akan melaksanakan program yang sama di negeri-negeri lain pada fasa seterusnya untuk melahirkan usahawan solar di seluruh negeri.

“Prosolar adalah program pembangunan usahawan secara berstruktur yang memberi pendedahan kepada potensi industri, latihan dan bimbingan daripada pemain industri untuk mempercepatkan kejayaan usahawan dalam bidang ini dengan menyasarkan nilai projek yang tersedia untuk peserta bernilai lebih RM 300 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya