Malaysia harap kuota tambahan 350 jemaah haji dilulus

Malaysia harap kuota tambahan 350 jemaah haji dilulus

MOHD. Na'im Mokhtar ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023M di MHCC Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Malaysia masih lagi menunggu kelulusan kuota tambahan 350 jemaah haji yang dimohon daripada Kerajaan Arab Saudi sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kerajaaan sudah membuat rayuan penambahan kuota sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Februari lalu.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai asas untuk memohon tambahan kuota itu susulan pertambahan populasi penduduk negara ini yang sudah mencecah 31.95 juta penduduk.

“Kuota haji yang diperuntukkan kepada Malaysia pada tahun ini adalah 31,600, jadi kita minta tambahan 350 lagi supaya kuota ditingkatkan kepada 31,950 jemaah.

“Jadi kita ada asas (peningkatan populasi) untuk dimaklumkan kepada Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023 di sini, hari ini.

Katanya, hasrat menambah kuota itu sudah disampaikan kepada hasrat itu kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah.

Mohd. Na’im berkata, kerajaan berharap kerajaan Arab Saudi akan memberi pertimbangan sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai jemaah.

Jumlah penduduk negara ini bertambah mengikut Prospektus Populasi 2019 yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu seramai 31.95 juta orang.

Malaysia menerima kuota haji seramai 31,600 jemaah, tahun ini, daripada Kerajaan Arab Saudi dan kelulusan itu diberikan Dr. Tawfiq ketika Mohd Na’im menghadiri mesyuarat sempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 anjuran Kerajaan Arab Saudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya