Makanan bazar Ramadan naik harga M2

Makanan bazar Ramadan naik harga M2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peningkatan kos bahan mentah ketika ini menjadi punca harga makanan di bazar Ramadan mengalami kenaikan berbanding tahun sebelumnya.

Tinjauan Utusan Malaysia di bazar Ramadan di padang Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) mendapati kenaikan antara RM1 hingga RM2.

Pengunjung, Nor Hidayah Mat Ali, 39, berkata, harga gulai kawah daging pada tahun sebelumnya dijual de­ngan harga RM10 kini meningkat kepada RM12.

Menurutnya, selain itu, air bungkusan yang dijual pada harga RM2 sebelum ini naik kepada RM3 dan ada juga air dijual pada harga RM5.

“Walaupun ada peningkatan, saya melihat ada juga peniaga yang mengekalkan harga lama seperti kuih muih masih lagi dijual pada harga antara RM2 dan RM3 sebungkus.

“Sebagai pelanggan kami memahami alasan peniaga menaikkan harga makanan kerana kos bahan mentah yang meningkat ketika ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi pengunjung, Muhammad Alif Ibrahim, 41, mengakui terkesan dengan harga yang sedikit meningkat di bazar Ramadan.

Katanya, dia perlu berkira-kira untuk membeli juadah berbuka puasa yang harganya agak mahal kerana mempunyai anak yang ramai.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Tumpat mendapati peniaga ayam percik masih lagi mengekalkan harga jualan sebagaimana tahun lalu.

Amri Mohamad, 51, memberitahu, walaupun harga ayam bersih RM9.60 sekilogram dan bahan mentah lain mengalami kenaikan harga mendadak namun dia tetap bertahan.

“Harga jualan ayam percik saya RM8 hingga RM9 seketul. Saya bimbang, jika harga ayam percik dinaikkan pelanggan akan lari nanti.

“Permulaan Ramadan, saya hanya menyediakan 10 ekor ayam sahaja kerana khuatir pelanggan kurang. Tahun ini ramai orang berjimat cermat kerana sudah menggunakan wang untuk menyediakan persekolahan anak-anak.

Kalau nampak sambutan menggalakkan, saya akan tambah, lebih baik tak cukup daripada tidak habis dijual ayam percik ini,” ujarnya.

Bagi peniaga ayam percik di bazar Ramadan Chabang Empat, Shahrul Zu, 25, dia turut mengekalkan harga ayam perciknya seperti harga tahun lepas.

“Saya jual seketul RM7, tak naikkan harga kerana khuatir harga mahal akan membebankan pengguna nanti,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN