Majlis Madani tingkatkan peranan NGO Islam - TPM - Utusan Malaysia

Majlis Madani tingkatkan peranan NGO Islam – TPM

NEGARA memerlukan masyarakat yang jujur untuk mendukung keenam-enam tonggak yang digariskan untuk mencapai konsep Membangun Malaysia Madani. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Madani bakal ditubuhkan oleh kerajaan bagi memperkasakan lagi peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, NGO Islam bukan lagi sekadar berperanan sebagai badan dakwah tetapi juga mewujudkan hubungan erat dengan pelbagai kaum, budaya dan latar belakang.

“Majlis Madani yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri bukan hanya sekadar menggalakkan falsafah atau konsep madani tetapi juga program-program yang akan diadakan.

“Perdana Menteri turut memberikan penekanan mengenai masalah salah faham oleh beberapa pihak, tetapi beliau sangat ikhlas mengajak kita mencari titik persamaan, bukan melayani titik perbezaan. Walaupun kita hormati kepelbagaian, warna dan pegangan namun soal prinsip kita harus bersama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Perpaduan NGO Islam hari ini.

Dalam konvensyen tersebut, Ahmad Zahid mengharapkan NGO Islam dapat melaksanakan hasrat kerajaan iaitu konsep Malaysia Madani.

“Konvensyen ini menuntut komitmen daripada NGO Islam untuk menterjemahkan pelaksanaan kepada falsafah dan konsep pembentukan sebuah masyarakat madani yang menyantuni kepelbagaian agama, budaya bahasa dan latar belakang.

“Usaha ini pastinya dapat dilaksanakan melalui Majlis Madani yang akan mengadakan program, tentunya menyantuni kerja NGO Islam meliputi ilmuwan tanpa meninggalkan para ilmuwan daripada pelbagai agama dan latar belakang.

“Saya sangat mendukung usaha Perdana Menteri dan saya yakin semua bangsa dan agama setelah memahami konsep ini, mereka pasti mendukung hasrat beliau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.