Mahkamah tenang tanpa kelibat penyokong Muhyiddin

Pekarangan mahkamah masih tenang tanpa kelibat penyokong Muhyiddin

KEADAAN pekarangan mahkamah setakat pukul 8 pagi yang masih tenang tanpa kehadiran penyokong Muhyiddin Yassin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum kelihatan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri yang dijangka akan menghadapi pertuduhan mahkamah hari ini.

Persekitaran mahkamah dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan masih tenang setakat pukul 8 pagi.

Muhyiddin dijangka tiba pada bila-bila masa untuk menghadapi pertuduhan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Utusan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.

Kesemua nilai berkenaan disyaki hasil daripada 30 rasuah yang diterima Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mendapatkan projek kepada kontraktor.

Pertuduhan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 berkaitan dana Jana Wibawa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum itu mengesahkan Muhyiddin akan didakwa di mahkamah di sini hari ini. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN