BN belum muktamad calon, kerusi PRN Negeri Sembilan

BN belum muktamad calon, kerusi PRN Negeri Sembilan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan senarai calon dan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyerahkan kepada Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk berbincang bersama pengerusi parti komponen lain termasuk Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bagi menentukan calon dan kerusi yang akan diketengahkan. 

“Ketika ini BN dan UMNO Negeri Sembilan sedang memperincikan calon-calon yang akan diketengahkan.

“Di peringkat BN, perbincangan akan diadakan bersama parti-parti komponen BN Negeri Sembilan dan saya menyerahkan soal perincian itu kepada Datuk Seri Mohamad Hasan tetapi UMNO Negeri Sembilan pula, ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias. 

“Perbincangan akan diadakan dalam kalangan mereka bersama pengerusi parti-parti komponen BN Negeri Sembilan untuk menentukan kerusi yang akan ditandingi serta calon-calon yang akan diketengahkan,” katanya selepas Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi 2025 di sini hari ini. 

Pada 6 Jun lalu, media melaporkan bahawa UMNO Negeri Sembilan sudah mempunyai senarai nama calon yang akan bertanding pada PRN tidak lama lagi.

Jalaluddin dilaporkan berkata, senarai membabitkan muka lama dan baharu serta orang muda dan wanita dengan pelbagai latar bidang pendidikan itu akan diserahkan kepada Ahmad Zahid untuk diperhalusi dan dipersetujui.

Ketika PRN Ke-15 pada Ogos 2023, Pakatan Harapan (PH) menang 17 kerusi, UMNO (BN) 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN