LBS Foundation lancar inisiatif 'Projek Akar by LBS Foundation' bersama SK Sungei Way

LBS Foundation lancar inisiatif ‘Projek Akar by LBS Foundation’ bersama SK Sungei Way

Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, ADUN Seri Setia, bersama wakil daripada LBS Foundation, SK Sungei Way, merakamkan kenangan pada majlis perasmian menandakan pelancaran inisiatif kerjasama bagi memupuk persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan inklusif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: LBS Foundation (LBSF), sayap tanggungjawab sosial korporat bagi LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat mencatatkan pencapaian bermakna menerusi pelancaran kerjasama strategik bersama Sekolah Kebangsaan Sungei Way, Petaling Jaya melalui ‘Project AKAR by LBS Foundation’ (Project AKAR).

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini berlangsung pada 25 Jun 2026 yang lalu.

Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri Seri Setia merangkap EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah bersama kehadiran Tan Sri Ir. Dr. Lim Hock San yang mengetuai ahli jawatankuasa LBS Foundation serta pihak pengurusan sekolah, para guru dan pelajar SK Sungei Way.

Majlis perasmian turut diserikan dengan sesi simbolik penanaman pokok yang disempurnakan oleh ADUN dan Tan Sri, disaksikan oleh para tetamu sebagai lambang komitmen bersama terhadap kelestarian alam sekitar serta usaha memupuk kesejahteraan dan pembangunan generasi masa hadapan.

Guru Besar SK Sungei Way, Roslina Mahari menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LBS, atas kerjasama ‘Project AKAR by LBS Foundation’.

‘Project AKAR’ yang merupakan akronim kepada Awareness (Kesedaran), Knowledge (Pengetahuan), Actions (Tindakan) dan Resilience (Ketahanan), merupakan inisiatif jangka panjang yang dirangka bagi membangunkan generasi masa hadapan menerusi program sekolah angkat.

LBSF akan melaksanakan program sekolah angkat melibatkan sebuah sekolah bagi setiap kitaran tiga tahun yang berteraskan tiga fokus utama iaitu infrastruktur, pembelajaran dan kelestarian untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif.

Sebagai permulaan inisiatif ini, Sekolah Kebangsaan Sungei Way dipilih sebagai sekolah angkat pertama di bawah ‘Project AKAR’.

Sejajar dengan teras Pendidikan, LBSF memainkan peranan penting dalam memperkukuh hasil pendidikan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, inklusif dan kondusif melalui kerjasama rapat dengan pihak sekolah.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San menyampaikan ucapan pada majlis perasmian, menekankan sokongan berterusan LBS Foundation terhadap sekolah dan kesejahteraan pelajar.

Tahun ini, LBSF telah menyalurkan pelbagai bentuk sokongan kepada pihak sekolah termasuk penyediaan alat tulis dan kelengkapan persekolahan kepada para pelajar serta melaksanakan kerja-kerja pembaikan infrastruktur utama sekolah seperti pintu dan penghadang tangga.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah LBS Foundation, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr) Lim Hock San berkata, pihaknya percaya bahawa perubahan yang bermakna bermula di peringkat komuniti, khususnya melalui pendidikan.

“‘AKAR’ yang melambangkan kanak-kanak sebagai asas yang menjadi tunjang kepada masa depan negara.

“Oleh itu, ‘Project AKAR’ mencerminkan komitmen kami dalam membentuk dan memperkasa generasi muda serta mewujudkan peluang yang melangkaui bilik darjah, memastikan setiap pelajar menerima sokongan dan persekitaran yang diperlukan untuk berkembang maju serta mencapai potensi sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mohd Fahmi memuji pelaksanaan inisiatif tersebut serta merakamkan penghargaan kepada LBSF atas usaha yang disifatkan sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dan berimpak tinggi sekaligus membawa manfaat kepada masyarakat.

Beliau turut menzahirkan harapan agar lebih banyak kerjasama strategik dapat diwujudkan antara sektor korporat dan institusi pendidikan.

LBSF merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan inisiatif ini melalui komitmen dan sokongan berterusan mereka dan komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha mewujudkan impak positif dan mampan kepada komuniti.

Untuk makluman lanjut mengenai LBS Foundation serta pelbagai inisiatif yang dilaksanakan, sila layari laman web rasmi https://lbs.com.my/lbs-foundation/ atau ikuti LBS Foundation di platform Instagram dan Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN