Lelaki ditahan bantu siasatan kemalangan babit 4 kenderaan

Lelaki ditahan bantu siasatan kemalangan babit 4 kenderaan

poster kemalangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes dua pejalan kaki maut, dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Raja Laut, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, lelaki berusia 20 tahun itu yang sedang memandu kereta Perodua Myvi disyaki telah melanggar sebuah kereta jenis Proton Wira yang mengubah haluan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, akibat pelanggaran tersebut, kereta Perodua Myvi tersebut telah hilang kawalan lalu melanggar empat pejalan kaki.

“Seorang lelaki berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon kecemasan Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Noor Dellhan berkata, dua mangsa lagi termasuk seorang wanita mengalami cedera parah kini masih dirawat di hospital sama.

Jelasnya, pemandu kereta Perodua Myvi ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya