100 lebih orang sertai solat hajat dianjurkan PN

Lebih 100 orang sertai solat hajat dianjurkan PN

Solat hajat yang dianjurkan oleh PN di ibu negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira lebih kurang 100 individu menyertai program solat hajat yang diadakan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk keselamatan negara dan solidariti menentang kezaliman.

Setakat ini antara pemimpin yang kelihatan turut sama hadir kepada majlis solat hajat tersebut adalah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Solat hajat ini dipercayai berkait rapat dengan susulan pendakwaan yang bakal dihadapi oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendakwaan yang bakal dihadapi Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri itu mengesahkan spekulasi bahawa Muhyiddin akan didakwa berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya