Larian lelaki KahfBro Run: 150 peserta terlibat

Larian lelaki KahfBro Run: 150 peserta terlibat

PELARI bersedia di garisan permulaan sebelum dilepaskan dalam acara KahfBro Run baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 150 peserta yang terdiri daripada golongan lelaki pelbagai peringkat umur terlibat dalam acara larian KahfBro Run Sabtu lalu. 

Larian istimewa yang hanya dibuka penyertaan kepada golongan lelaki itu diadakan bagi mendekatkan komuniti dengan aktivit luar dan gaya hidup aktif pada masa kini. 

Bermula di Pantai Floria, Putrajaya, acara berlangsung dengan jarak larian sepanjang lima kilometer yang menawarkan hadiah menarik dan cabutan bertuah bernilai sehingga RM5,000.

Dalam pada itu, wakil jenama, Bella Indah Permatasari berkata, pihaknya berharap larian tersebut dapat meneruskan matlamat bagi menyebarkan nilai kebaikan sejagat dalam kehidupan dan meningkatkan kualiti hidup ke arah yang lebih baik.

“Melalui penglibatan bersama komuniti ini, kami percaya dapat menawarkan satu lagi pendekatan gaya hidup untuk memberi inspirasi kepada kaum lelaki supaya terus belajar dan berkongsi kesedaran bukan sahaja mengenai gaya hidup dan kesihatan secara umum, tetapi lebih khusus mengenai penjagaan diri dan kulit, kebersihan serta produk pelindung matahari.

“Jenama ini terus berusaha untuk mempromosikan pengalaman penjagaan diri dan kulit lelaki yang terbaik, semula jadi, ringan, halal dan thayyib untuk meningkatkan nilai kehidupan lelaki melalui #jalanyangkupilih dan #perjalananberkahf,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Bella Indah berkata, beberapa aktiviti berasaskan komuniti telah dirancang untuk Kahfbro pada masa akan datang termasuklah melibatkan komuniti sukan, kegiatan luar, automotif, gaya hidup, keusahawanan, seni dan budaya serta banyak lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.