Kuala Perlis potensi jadi hab kapal mewah berlabuh - Utusan Malaysia

Kuala Perlis potensi jadi hab kapal mewah berlabuh

MUHAMMAD Amin Hazwan Abdul Hamid menerusinya syarikatnya AUE Marin menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan dan penambahbaikan dalaman kapal mewah. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kuala Perlis dilihat berpotensi menjadi lokasi serta hab bagi kapal-kapal persendirian dan mewah berlabuh sama ada untuk menjalani proses penyelenggaraan atau sebagainya.

Malah jika hal tersebut menjadi kenyataan ia mampu membawa pulangan jutaan ringgit kepada kerajaan negeri yang menyediakan tapak dan kemudahan lain di Perlis Marine Engineering (PME), Kuala Perlis yang merupakan lokasi sesuai untuk hab berkenaan.

Difahamkan kos untuk memarkir bagi sebuah kapal di kawasan berkenaan adalah sekitar RM200 sehari iaitu jauh lebih murah berbanding Langkawi sekitar RM400 ke RM500.

Itu tidak termasuk caj-caj lain yang boleh dikenakan yang mampu membantu kerajaan negeri menjana pendapatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik syarikat AUE Marin yang menawarkan perkhid­matan penyelenggaraan dan penambahbaikan dalaman kapal mewah, Muhammad Amin Hazwan Abdul Hamid berkata, dari sudut kedudukan geografi, kawasan Kuala Perlis yang berdekatan dengan Thailand dan Pulau Langkawi sesuai dijadikan hab untuk kapal-kapal mewah berlabuh.

Katanya, antara lokasi atau hab sedia ada sebelum ini bagi kerja-kerja membaiki kapal mewah adalah seperti di Perak, Pulau Langkawi dan Johor.

Jelasnya, pembangunan hab seperti itu sekali gus dapat memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri.

“Kuala Perlis dilihat sangat berpontensi malah kawasan PME sendiri sudah mempunyai kawasan-kawasan parkir untuk kapal-kapal. Kalau dilihat, caj parkir sahaja dikenakan sebanyak RM200 sehari mengikut saiz.

“Itu tidak termasuk caj item-item lain yang berkaitan dengan kapal. Jika sebulan bagi sebuah kapal sudah mencecah RM6,000 dengan kawasan berkenaan dilihat boleh memuatkan kira-kira 10 buah kapal,” katanya.

Tambahnya, antara fasiliti yang penting perlu disediakan di hab berkenaan adalah seperti lifting kren, fasiliti elektrik dan air yang mencukupi dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya