Perbaiki, naik taraf hubungan jalan raya luar bandar

KKDW akan perbaiki dan menaik taraf hubungan jalan raya luar bandar di Sarawak

AHMAD ZAHID (tengah) bercakap dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat penyelasaran antara KKDW di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kementerian Kemajuan Desa  dan Wilayah (KKDW) bersetuju dengan cadangan kerajaan Sarawak untuk membaiki dan menaik taraf jalan usang yang dibina sebagai projek Jiwa Murni di wilayah itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata. beberapa jalan Jiwa Murni yang dibina dan kemudiannya digunakan oleh pengusaha pembalakan telah rosak.

“Justeru, kita akan memberi keutamaan kepada jalan yang tidak lagi digunakan oleh kenderaan pembalakan berat, untuk dinaik taraf bagi memberi laluan utama ke kawasan pedalaman.

“Bagi kawasan yang masih aktif dilalui pengangkutan pembalakan ini, kita akan beri keutamaan kedua.

“Yang penting, pelaksanaannya perlu dilakukan sebelum Krismas atau 25 Dis tahun ini kerana ia bukan semata-mata soal perayaan tetapi juga mengambil kira musim tengkujuh yang dihadapi Sarawak tempoh berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan antara KKDW dan wakil kerajaan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut mendedahkan kementeriannya telah meneliti beberapa garis panduan yang diterima pakai oleh kerajaan Sarawak seperti prakelayakan untuk proses tender.

“Kami (KKDW) akan mengikut penelitian yang ditentukan kerajaan Sarawak (untuk projek-projek).

“Tanda aras ini akan diguna pakai oleh KKDW bukan sahaja untuk pelaksanaan projek di Sarawak, tetapi juga di wilayah dan negeri lain kerana ia adalah garis panduan yang baik dan tidak timbul isu kebocoran projek atau projek ‘sakit’ terhadal prestasi yang kurang memuaskan,” jelas beliau.

Beliau juga mendedahkan bahawa mereka yang menghadiri mesyuarat terdahulu telah memutuskan 60 perkara, termasuk meningkatkan keselamatan makanan.

“Kita telah bersetuju Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi mewujudkan ladang padi berskala besar bagi menyediakan bekalan untuk kegunaan domestik.

“Kerajaan Sarawak akan mengumumkannya sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Kabinet Sarawak dan pengumuman itu akan dibuat oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” tegasnya.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya