Kilang makanan perlu sertai Jualan Rahmah - Utusan Malaysia

Kilang makanan perlu sertai Jualan Rahmah

FUZIAH Salleh memotong reben sebagai simbolik merasmikan Menu Rahmah Julie's di Kelemak, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Pemain industri sektor perkilangan makanan diseru menyertai inisiatif Jualan Rahmah untuk bersama kerajaan membantu golongan memerlukan yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, buat masa ini banyak pertanyaan dan reaksi positif diterima pihaknya daripada para pengilang yang menunjukkan minat untuk turut serta.

Katanya, bagaimanapun rata-rata di antara mereka perlu melakukan penstrukturan harga terlebih dahulu bagi meminimumkan kesan kepada sektor peruncitan seperti pemborong, pasar raya dan peniaga kedai runcit.

“Kita terima pertanyaan daripada pihak industri, cuma bila industri makanan ini, mereka ada struktur harga tersendiri.

“Struktur harga ini akan memberi kesan pula kepada pasar raya dan pengilang perlu menyelesaikan masalah struktur harga berkenaan dahulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Menu Rahmah Julie’s di Kelemak di sini hari ini.

Syarikat pengeluar biskut terkenal itu memperkenalkan dua pakej Menu Rahmah yang dijual pada harga RM5 iaitu biskut segi empat dan campuran pelbagai biskut berkrim.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan pemansuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Fuziah berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan sebarang pasukan sedemikian, memandangkan kerajaan hari ini telah mempunyai pasukan pelaksana sendiri.

Katanya, pasukan pelaksana tersebut akan meneliti keputusan dibuat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat akibat ketidaktentuan ekonomi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya