Kerajaan banci kerugian petani, penternak - Utusan Malaysia

Kerajaan banci kerugian petani, penternak

KIRA-KIRA 40 hektar sawah di Kahang, Kluang ditenggelami banjir yang pastinya bakal menjejaskan pengeluaran padi tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melakukan bancian terhadap kerugian yang dialami golongan petani dan penternak yang terjejas akibat banjir di Johor.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, pihak kementerian menerusi pelbagai jabatan serta agensi sedang memantau situasi bencana itu di Johor yang mempunyai ramai petani sayur-sayuran serta buah-buahan.

“Kementerian melalui pelbagai agensi di lapangan sedang melakukan bancian, selepas itu baru kami dapat tentukan jumlah pampasan yang akan disalurkan kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2023 anjuran Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Institut Latihan FAMA di sini semalam.

Johor masih dilanda banjir sejak 28 Februari dan sehingga pukul 12 tengah hari semalam, seramai 41,543 orang direkodkan membabitkan 11,818 keluarga masih berada di 198 pusat pemin­dahan sementara (PPS) yang dibuka.

Sementara itu Foong Hin berkata, pihak kementerian komited dalam memastikan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian di negara ini bagi meningkatkan hasil pertanian selain untuk menarik minat golo­ngan muda menceburi bidang itu.

Jelas beliau, bidang kejurute­raan pertanian mampu me­ngubah persepsi golongan muda yang mungkin tidak berminat untuk menggunakan kaedah lama.

Menurutnya, banyak teknologi dalam bidang pertanian sudah tersedia di negara ini namun pihak kementerian berdepan cabaran memastikan adaptasi teknologi tersebut dalam kala­ngan petani atau pesawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya