Keputusan UPKK boleh disemak Khamis ini

Keputusan UPKK boleh disemak Khamis ini

guru kafa
KPM memulakan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, majlis pengumuman keputusan UPKK akan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Katanya, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon pada 9 Mac 2023 (Khamis) mulai pukul 4 petang.

“Keputusan boleh disemak menerusi UPKK<jarak>No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888.

“Calon juga boleh menyemak menerusi laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, ibu bapa dan penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), pukul 9.30 pagi. – UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya