Sanggup ambil alih pengurusan TVET

Kementerian Sumber Manusia sanggup ambil alih pengurusan TVET

KEMENTERIAN Sumber Manusia sanggup mengambill alih pengurusan TVET seluruh negara.GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia memaklumkan mereka akan terbuka jika Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diletakkan di bawah kementerian berkenaan seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata  cadangan yang dikemukakan oleh   timbalan perdana menteri adalah bertujuan bagi penyelarasan untuk semua institusi-institusi TVET di seluruh negara.

” Hari ini kita lihat bahawa terdapat 12 kementerian yang terlibat bagi pendidikan TVET dan juga dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri. 

“Jadi ada cadangan dari pihak kementerian belia dan sukan supaya institusi-institusi  TVET diletakkan di bawah kementerian lain,” katanya

Beliau menyatakan demikian ketika menghadiri majlis prapelancaran Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2023 (COSH 2023) dan Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2023 (SCICOSH 2023) di sini hari ini.

Tambah beliau, jika perkara tersebut sudah ditentukan, dan diberikan mandat kepada kementerian sumber manusia maka ia adalah bersesuaian dengan matlamat untuk menaikkan satu penjenamaan baru dan  juga menaikkan  imej TVET.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN