Kementerian teliti isu bayaran lanjut operasi klinik kesihatan

Kementerian Kesihatan teliti isu bayaran lanjut operasi klinik kesihatan

DR. ZALIHA Mustafa melawat pameran selepas majlis perasmian Persidangan Penyakit Jangkitan Tropika di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sudah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung isu pembayaran kerja membabitkan pegawai perubatan susulan pelanjutan operasi klinik kesihatan selepas waktu pejabat.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan, pihaknya juga sedang meneliti aduan-aduan yang diterima membabitkan isu berkenaan yang mendakwa tuntutan bayaran kerja hanya boleh dibuat setakat pukul 9 malam sedangkan operasi klinik dilanjutkan sehingga 9.30 malam.

“Sebenarnya perkara itu kita sedang ambil perhatian dengan perbincangan bersama JPA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyakit Jangkitan Tropika 2023 di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai satu hantaran di laman Twitter pada Sabtu lalu yang mendakwa kakitangan yang bertugas susulan pelanjutan operasi klinik kesihatan tidak dapat membuat tuntutan yang sewajarnya.

Dipercayai tangkap layar yang dikongsikan itu adalah keluhan mengenai tuntutan bagi tempoh 30 minit yang didakwa tidak dibayar.

Pada 10 Mac lalu, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk memanjangkan waktu operasi 52 buah klinik kesihatan sehingga 9.30 malam bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN