Kementerian jamin bekalan sayur cukup semasa Ramadan

Kementerian jamin bekalan sayur cukup semasa Ramadan

MOHAMAD Sabu (tengah) bergambar dengan penerima Bantuan Nelayan Pengerang di Kompleks LKIM Pengerang, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Walaupun berlaku pengurangan be­kalan ekoran banjir melanda negeri ini, namun Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Maka­nan (KPKM) memberi ja­minan sayur-sa­yuran men­cukupi sepanjang bulan Ramadan ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Lembaga Pemasaran Per­tanian Persekutuan (FA­MA) telah mengadakan pertemuan dengan pe­ngeluar sayur-sayuran di kawasan utama di nege­ri ini yang mengakui me­mang terdapat penu­ru­nan pengeluaran sehing­ga 30 peratus ekoran ban­jir yang berlaku.

Walau bagaimanapun, mereka kini sudah mula melakukan pena­naman semula ekoran banjir yang telah surut, manakala kerajaan negeri juga mengambil inisiatif membuat jualan hasil per­tanian pada harga dis­kaun melalui Bazar Rak­yat Agro Johor.

“Bazar berkenaan akan beroperasi di 35 lokasi ter­jejas banjir yang melibatkan kerjasama antara FAMA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan pihak swasta. Dari segi harga pula didapati peningkatan tidak ketara ekoran bekalan sayur-sayuran diperoleh dari negeri lain se­perti Selangor dan Negeri Sembilan.

“FAMA juga ada import dari Cameron Highlands, bawa tomato juga produk-produk berbentuk biji bukan sayur berdaun jadi tak perlu risau, di Johor kita juga ada bazar rakyat agro Johor yang akan berada selama 30 hari sepanjang Ramadan.

“Insya-Allah dijamin (cukup) pihak FAMA akan bawa (bazar rakyat agro) ke tempat-tempat lain untuk penuhi permintaan pada bulan Ramadan,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Nelayan Pengerang di Kompleks LKIM Pengerang, dekat sini semalam yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, anggaran jumlah kerugian pertanian akibat banjir di Johor akan diperoleh dalam tempoh sebulan selepas banjir pulih.

“Kerugian sedang dibanci, pihak Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) sedang bantu pihak Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pertanian, FAMA sedang buat kajian. Nanti kita lihat kerosakan dan permohonan mereka,” katanya

Terdahulu pada majlis itu Mohamad Sabu turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 juta bagi menaik taraf infrastruktur di Kompleks LKIM Pengerang yang dijangka akan dimulakan tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN