Ahmad Zahid sokong cadangan Pengerang dijadikan daerah

Ahmad Zahid sokong cadangan Pengerang dijadikan daerah

AHMAD Zahid Hamidi ketika menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Santuni Kasih Kejora di Desaru, Johor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan terhadap cadangan menjadikan Pengerang sebagai sebuah daerah pentadbiran berasingan sebagaimana Kota Tinggi.

Beliau pada masa yang sama turut menyokong cadangan supaya sebuah hospital dibina di kawasan itu demi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Katanya, kedua-dua cadangan tersebut yang diusulkan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini perlu diberi perhatian selepas dilihat mampu membawa manfaat besar kepada rakyat di kawasan berkenaan.

“Ahli Parlimennya meminta dua perkara, satu iaitu Pengerang turut dijadikan daerah. Takkan saya tak setuju. Satu lagi minta hospital, saya lebih bersetuju.

“Tapi kalau dua-dua ini bertambah sokongan, lagi cepat insya-Allah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Santuni Kasih Kejora di Desaru hari ini.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, pembangunan pesat yang dikecapi Pengerang hari ini tidak dapat direalisasikan tanpa peranan penting yang dimainkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora).

Beliau berkata, Kejora menjadi antara pemangkin utama kepada pembangunan kawasan berkenaan sehingga berjaya mengubah landskap ekonomi dan kehidupan masyarakat setempat.

“Kejora, Pengerang tidak akan pernah membangun. Tanpa Kejora, tempat ini saya sahkan sebagai tempat jin bertendang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN