SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) Selangor mempertikai kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Izhar Hashim sebagai ahli lembaga pengarah syarikat Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB). Justeru, pihak berkuasa digesa menyiasat perkara tersebut kerana kewujudan dua pemimpin kerajaan negeri itu dikhuatiri mencetuskan mencetuskan konflik kepentingan memandangkan syarikat berkenaan dianugerahkan kontrak kerja mendalamkan 56 kilometer (km) Sungai Klang yang dianggarkan bernilai RM700 juta.…