Kanak-kanak enam tahun dipercayai didera bapa tiri - Utusan Malaysia

Kanak-kanak enam tahun dipercayai didera bapa tiri

AHMAD MOHSIN MD. RODI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun lebam-lebam di bahagian badan selain terdapat kesan parut lama pada bahagian belakang, tangan, peha dan pipi dipercayai didera oleh bapa tirinya.

Perkara itu disedari guru tabikanya sewaktu melakukan pemeriksaaan tubuh pada Rabu lepas.

Mangsa dikatakan turut mendedahkan kepada guru tabika berkenaan bahawa dirinya telah dipukul oleh bapa tirinya itu kerana tidak menuruti kata-kata suspek.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, susulan itu, guru tabika berkenaan telah berhubung dengan ibu mangsa yang turut memaklumkan bahawa mereka telah menjadi mangsa pukul.

“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan anak sulung dari tiga adik beradik di mana dia dan anak kedua merupakan anak tiri kepada suspek berusia 34 tahun itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Mohsin berkata, menerusi pemeriksaan pihak hospital juga mendapati terdapat kesan parut lama pada bahagian belakang, tangan kanan, tangan kiri, peha kanan dan pipi kanan mangsa.

Katanya, ibu bersama dua adik mangsa turut menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti sebarang kesan pukul berpunca daripada tindakan suspek berkenaan.

“Doktor juga mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan atau parut pada bahagian badan ibu dan dua adik mangsa yang lain,” katanya.

Di samping itu, Ahmad Mohsin berkata, hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga mendapati dia positif dadah jenis methaphathamine.

Tambahnya, suspek turut direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah melakukan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.