Kanak-kanak ditemukan lemas, abang masih hilang

Kanak-kanak ditemukan lemas, abang masih hilang

ANGGOTA bomba mengusung mayat kanak-kanak yang ditemukan lemas di lombong sebuah kuari pasir di Kampung Permatang Kedundung, Pinang Tunggal di Tikam Batu, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan lemas, manakala abangnya masih hilang di lombong sebuah kuari pasir di Kampung Permatang Kedundung, Pinang Tunggal di Tikam Batu, petang semalam.

Mangsa, Mamod Shukur Belal Hussain ditemukan terapung pada pukul 8.50 pagi ini oleh penduduk sebelum memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat sejak malam tadi.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 400 meter daripada tempat mereka dipercayai mandi dan bermain sebelum itu. Abangnya, Muhammad Nazeri berusia enam tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 9 malam, semalam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Dengan bantuan daripada JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda, kita memulakan gerakan mencari dan menyelamat malam tadi namun gagal mengesan mangsa.

“Mangsa telah dibawa untuk proses bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala operasi mencari masih diteruskan untuk mengesan abangnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, keluarga dua beradik itu merupakan etnik Rohingya dan telah lama memasuki negara ini menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya