Ajal lemas ketika cuba lari dari polis - Utusan Malaysia

Ajal lemas ketika cuba lari dari polis

Lemas
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa dekat sungai di Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebatang sungai hari ini selepas dipercayai cuba meloloskan diri daripada operasi polis dekat Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang di sini, semalam.

Mayat mangsa berusia 43 tahun itu dijumpai bomba dalam sungai berkenaan, kira-kira pukul 12.16 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.24 petang semalam.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerah dalam operasi itu.

“Operasi dijalankan hasil laporan mengenai seorang lelaki dipercayai lemas ketika operasi tangkapan yang dilakukan polis.

“Usaha pencarian mangsa bagaimanapun  disambung dengan bantuan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor,” katanya petang ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, mayat lelaki itu ditemukan pihaknya kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa jatuh.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi tersebut. Mayat kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×