Isu terkandas: Emraz tanggung kos jemaah umrah, naik taraf pakej  

Isu terkandas: Emraz tanggung kos jemaah umrah, naik taraf pakej  

EMRAZ Travel & Tours Sdn. Bhd. memberi jaminan sentiasa berpegang kepada janji dan menawarkan perkhidmatan terbaik untuk jemaah umrah. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agensi pengembara, Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. (Emraz) menafikan sengaja bertindak sewenang-wenangnya atau mengabaikan kebajikan jemaah umrah dalam isu pertukaran jadual penerbangan di saat-saat akhir.

Dalam satu kenyataan, Emraz memaklumkan, pihaknya menaik taraf pakej termasuk melancong secara percuma di lokasi transit penerbangan dan membelanjakan kira-kira RM3,000 seorang jemaah, dengan kesemua kos ditanggung pihaknya.

“Ramai jemaah tidak sedar syarikat menaik taraf hotel penginapan dan penerbangan kepada kelas perniagaan tanpa tambahan kos.

 “Malah, ada diberikan pakej umrah ziarah melibatkan penerbangan transit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan Riyadh, Arab Saudi, sekali gus dapat juga melancong percuma selain menambahkan bilangan hari untuk pakej di Tanah Suci serta peluang bermalam di Taif,” katanya hari ini.

Semalam, media melaporkan ramai bakal jemaah ‘menyerbu’ ibu pejabat agensi tersebut yang terletak di Presint 8 di sini ekoran kecewa perubahan mengejut jadual penerbangan selain menuntut pengembalian bayaran penuh.

Menyentuh isu kekurangan penginapan di Tanah Suci, Emraz berkata, situasi berlaku pada ketika ini di luar kawalan, tetapi pihaknya berbincang dengan beberapa hotel lain dalam usaha mendapatkan bilangan bilik mencukupi untuk menampung jumlah jemaah semakin tinggi di kota suci Mekah dan Madinah.

“Ia ekoran pertembungan cuti persekolahan di Arab Saudi dari 2 hingga 11 Mac dengan cuti persekolahan di Malaysia menyebabkan ramai mengambil peluang mengerjakan umrah,” jelasnya yang turut mengesahkan sentiasa bertindak mengikut lunas undang-undang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

 Seperti agensi pengendali umrah yang lain, mereka juga berdepan cabaran apabila ada pemilik hotel enggan menunaikan janjinya meskipun bayaran penuh sudah dibuat awal kerana mereka menerima tawaran lebih baik daripada agensi lain yang menempah lewat dan keadaan serupa turut meliputi slot untuk tiket penerbangan.

 Emraz berkata, terdapat situasi ada tiket penerbangan tetapi tiada pula penginapan dan begitulah sebaliknya selain pihak hotel menaikkan harga bilik sesuka hati saat-saat akhir.

 “Kami juga berdepan kesukaran yang sama kerana tumpuan kami kepada hotel bertaraf lima bintang dan berjarak 50 meter dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,” jelasnya lagi.

 Syarikat itu namun kesal kerana ada segelintir pihak yang membuat spekulasi liar dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan laporan berunsur fitnah dan berniat jahat menjejaskan reputasi Emraz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.