Isu PN17 Pharmaniaga: Jamin bekalan ubat tidak terjejas

Isu PN17 Pharmaniaga: Jamin bekalan ubat tidak terjejas

BEKALAN ubat dijamin tidak terjejas susulan status PN17 Pharmaniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) dan Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) akan memberikan kerjasama penuh bagi memastikan rantaian bekalan ubat dan bukan ubat di negara ini tidak terjejas.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jaminan itu diberikan susulan status PN17 Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) yang dikhuatiri memberi kesan ke atas pembekalan ubat tempatan.

Beliau berkata, kementerian mengatur sesi perjumpaan antara Pharmaniaga bersama MOPI dan PhAMA hari ini bagi menuntut penjelasan dan pencerahan mengenai isu berkenaan.

“Ini termasuk mengenai kedudukan semasa syarikat dan perancangan memastikan pembekalan ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) tidak terganggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaliha berkata, KKM memandang serius isu dibangkitkan media berhubung status PN17 Pharmaniaga yang dikhuatiri memberi kesan ke atas pembekalan ubat dan bukan ubat tempatan.

Malah, KKM juga bimbang mengenai keupayaan Pharmaniaga untuk melunaskan bayaran kepada syarikat farmaseutikal dan syarikat peranti perubatan yang bernaung di bawahnya.

Katanya, Pharmaniaga juga memberi komitmen bahawa subsidiarinya iaitu, syarikat Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. (PLSB) akan terus kukuh dan berdaya saing.

PLSB adalah syarikat konsensi yang dilantik kerajaan untuk membekalkan lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya