Isu monopoli: Kerajaan jamin tiada pengurangan pekerja - Utusan Malaysia

Isu monopoli: Kerajaan jamin tiada pengurangan pekerja

V. SIVAKUMAR (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Iftar kepada masjid dan surau kawasan Parlimen Batu Gajah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Kerajaan memberi jaminan tidak timbul isu pengurangan tenaga kerja syarikat terkait monopoli.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana keperluan tenaga kerja di negara ini masih tinggi.

Menurutnya, sebaliknya masalah pengangguran berlaku kerana terlalu sikap memilih kerja.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak memonopoli mana-mana perniagaan kecuali dalam keadaan-keadaan di mana memang tak boleh elakkan monopoli itu.

“Kalau kita biarkan untuk mana-mana pihak terus memonopoli, akhirnya merugikan rakyat sebab yang monopoli itu selalunya akan mengaut keuntungan yang tinggi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan Iftar kepada masjid dan surau kawasan Parlimen Batu Gajah di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.

Anwar berkata, semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan.

Sementara itu, Sivakumar berkata, bagi sektor pengambilan pekerja asing, kerajaan serius untuk memecahkan monopoli supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan yang tinggi daripada keperluan yang dihadapi oleh industri-industri pada masa ini.

Menurutnya, banyak sektor yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai dan kerajaan telah membuat syarat kelonggaran baru-baru ini dengan memberikan kelulusan hanya dalam tempoh tiga hari.

“Namun kerajaan merasakan jumlah kemasukkan pekerja asing sudah memadai dan sekarang kita sudah hentikan untuk memberi kelulusan buat sementara waktu.

“Kita tidak mahu wujud satu keadaan lebihan pekerja asing di negara kita,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya