NIBONG TEBAL: Meskipun segalanya bermula pada ‘saat terakhir’, namun siapa menyangka idea yang muncul secara spontan dan kebetulan itulah yang membawa ‘tuah’ kepada pasangan suami isteri ini. Menurut Aina Hazwani Zulkifli, 28, dia dan suami, Khoirul Amal Saidin, 30, memulakan bisnes ‘popcorn’ atau bertih jagung di bawah label Lasmenet tidak sampai 24 jam selepas lelaki itu memilih berhenti kerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier kira-kira dua tahun lalu.…










