Geran tanah dibatalkan, penduduk Sapulut mohon penjelasan

Geran tanah dibatalkan, penduduk Sapulut mohon penjelasan

PENDUDUK enam kampung di Sapulut hadir di luar Pejabat PPHT Nabawan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 orang penduduk di enam buah kampung di Sapulut, Nabawan meminta kerajaan memberi penjelasan mengenai pembatalan geran tanah mereka.

Penyelaras Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Sabah, Jerry Jaimeh berkata, penduduk kampung rasa teraniaya apabila geran Anak Negeri (NT) yang sepatutnya diberikan kepada mereka dibatalkan tanpa sebarang alasan.

Beliau berkata, penduduk kampung tinggal di kawasan tersebut sejak berpuluh tahun namun, masih belum memperoleh geran NT sehingga hari ini.

Maka, apabila pemberian geran NT itu dibatalkan tanpa penjelasan, penduduk kampung mahu penjelasan dan alasan yang kukuh diberikan.

Oleh itu, MHO tampil mewakili suara penduduk kampung mahu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengenai pembatalan geran NTA tersebut.

Enam buah kampung yang terlibat adalah Kampung Koyoon, Kampung Kainggalan, Kampung Tonomon(A)(C), Kampung Kukuamas, Kampung Bigor dan Kampung Bukokoh.

Menurut Jerry, penduduk kampung telah mendapat tawaran daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk membuat pengukuran ke atas tanah mereka bagi mendapatkan geran NT.

Namun, tawaran penganugerahan geran NT itu telah dibatalkan oleh Pengarah JTU menerusi surat bertarikh 12 Ogos 2022 dan mengekalkan geran komunal bagi enam buah kampung berkenaan.

Penduduk kampung mahukan geran NT bagi membolehkan mereka memiliki tanah yang didiami secara sah tanpa perlu risau tanah mereka dirampas oleh mana-mana pihak pada masa akan datang.

Maka, hari ini MHO bersama wakil penduduk hadir bersama-sama menyerahkan surat ke Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPPHT) Nabawan bagi meminta penjelasan mengenai pembatalan geran NT kepada penduduk enam buah kampung tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.