Ekspo BITe 2023 sasar 620 usahawan francais baharu - Utusan Malaysia

Ekspo BITe 2023 sasar 620 usahawan francais baharu

Francais BITe 2023
EWON Benedick meletakkan tangan pada tablet sebagai simbolik perasmian BITe 2023 selama dua hari di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM11 juta pakej keseluruhan termasuk bantuan daripada Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) ditawarkan menerusi sasaran sekurang-kurangnya 620 bakal usahawan atau francaisi dalam Ekspo Transformasi dalam Perniagaan (BITe) 2023 bermula hari ini hingga esok.

Sebanyak 64 pempamer termasuk dalam kalangan francaisor menyertai ekspo tersebut untuk memberi peluang kepada mana-mana individu yang mahu menjadi usahawan dalam sektor tersebut dengan mengembangkan perniagaan francaisor melalui pembukaan lebih banyak cawangan di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, sektor francais menunjukkan perkembangan yang baik apabila usahawan dalam sektor tersebut turut dijangka melebihi sasaran.

“Ini menunjukkan satu perkembangan yang sangat memberangsangkan, saya berharap bukan hanya setakat 620 orang yang kita jangkakan tetapi akan lebih.

“Itulah peranan Pernas yang akan terus memberi bimbingan dan sokongan termasuklah pembiayaan dan sebagainya, supaya lebih ramai usahawan khususnya anak muda mengambil bahagian dalam sektor francais,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan BITe 2023, hari ini.

Program Transformasi dalam Perniagaan (BIT) sejak diperkenalkan pada 2013 sebanyak 140 syarikat dari pelbagai sektor mendaftar dalam program tersebut, malah 1,400 usahawan pra-francaisi berjaya dilahirkan dan memberi peluang pekerjaan kepada lebih 2,800 orang.

Dalam pada itu, Ewon turut memaklumkan KUSKOP memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk skim pembiayaan francaisi dan francaisor, lisensor dan lisensi, program BIT dan Skim Recurve.

“Melalui program BIT, para peniaga mikro dan kecil ini dibimbing meliputi usaha menaiktaraf perniagaan mereka dari segi imej, kualiti perkhidmatan dan konsep perniagaan. 

“Saya percaya program BIT mampu mereka menjalankan perniagaan dengan lebih kompetitif dan efisien. Dengan adanya sistem dan struktur operasi yang kukuh dan sistematik, perkembangan perniagaan berskala kecil ini boleh dimajukan sekaligus mampu mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan kepada orang rama,” ujarnya.

Beliau menambah, KUSKOP menerusi Pernas turut menyasarkan pembiayaan sebanyak RM4.5 juta untuk membangunkan 24 pra-francaisor dan 240 pra-francaisi (RM2 juta) serta pelaksanaan latihan modal insan melalui Program BIT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.