e-Filing tak boleh buka trafik sesak

e-Filing LHDN tak boleh buka trafik sesak

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembayar cukai mengeluh untuk melayari laman e-Filing bagi mengisi dan menghantar borang cukai pendapatan sejak platform itu dibuka bermula hari ini kerana dipercayai berlaku kesesakan trafik internet.

Berdasarkan pemerhatian Utusan Malaysia sehingga pukul 2 petang ini mendapati, laman https://ez.hasil.gov.my/ belum boleh dilayari sekali gus menyebabkan orang ramai tidak boleh mengemas kini data dan mengisytiharkan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2022.

Orang ramai dilihat melepaskan keluhan menerusi laman sosial masing-masing apabila kesempatan hari pertama untuk berbuat gagal kerana laman e-Filing tidak boleh dilayari.

“Ramai nak isi e-filing hari ini dilaporkan tergendala, untuk makluman, laman LHDN ditutup rasanya sebab ada isu keselamatan,” luah pengguna Facebook dikenali Inamul.

Seorang lagi pembayar juga berkongsi perkara sama, apabila dia masih tidak melayari laman itu sehingga kini.

“Semangat nak buat e-Filing, tidak boleh masuk, tahun lepas 15 minit sekejap boleh submit,” luahnya.

Semalam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 dan Tahun Saraan 2022 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 1 Mac.

Pembayar cukai adalah disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan BN yang boleh diakses melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing atau secara terus ke MyTax; melalui portal https://mytax.hasil.gov.my/ atau aplikasi mobile.

Bagi ejen cukai pula digalak menggunakan perkhidmatan TAeF (https://taef.hasil.gov.my/). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya