Dua premis diberi amaran tidak pamer tanda harga

Dua premis diberi amaran tidak pamer tanda harga

AZMAN ISMAIL (dua dari kiri) menunjukkan QR kod yang disediakan oleh penjual air di Bazar Ramadan Rahmah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua premis perniagaan diberi amaran oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan selepas gagal
meletakkan tanda harga barangan jualan dan mengelirukan pengguna.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, sekiranya terus ingkar dengan arahan yang ditetapkan, premis berkenaan boleh dikenakan tindakan kompaun.

Menurutnya, melalui ‘Penguatkuasaan Berimbang’ peringkat awalnya KPDN Kelantan akan mendidik dan menasihati peniaga supaya mematuhi peraturan.

“Setakat ini sebanyak 447 premis di seluruh negeri sudah diperiksa menerusi Ops Pantau 2023 bermula Khamis lalu dengan tumpuan operasi di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar raya, pasar besar, kedai runcit dan aktiviti jualan dalam talian.

“Pemeriksaan memfokuskan kepada pemantauan berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, alat timbangan, penjualan barangan tiruan atau cetak rompak dan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRRP) 2023,”katanya pada program turun padang Bazar Ramadan Rahmah Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Dalam pada itu, Azman memberitahu, sepanjang Bazar Ramadan Rahmah, KPDN menyediakan 6,000 baucar kepada pengunjung bazar sehingga akhir Ramadan ini.

Katanya, secara keseluruhan terdapat 190 pengusaha Bazar Ramadan Rahmah di Stadium Sultan Muhammad IV yang berniaga sepanjang puasa.

“Daripada jumlah tersebut, 80 gerai yang menawarkan Menu Rahmah dengan harga mampu milik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya