Diugut bunuh, mental anggota Radja terganggu - Utusan Malaysia

Diugut bunuh, mental anggota Radja terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Vokalis kumpulan Radja, Ian Kasela mendedahkan anggota kumpulan berkenaan menerima layanan buruk penganjur ketika menjayakan sebuah persembahan di Johor Bharu, Sabtu lalu.

Katanya kepada portal Detikhot, anggota Radja dan ahli keluarga yang ada bersama ketika kejadian berlaku dikurung dan dilayan dengan biadab oleh individu yang mengaku sebagai pihak penganjur.

“Kami ditahan, tak dapat berbuat apa-apa, ditempatkan dalam ruang sempit ditemani pengawal peribadi.

“Muncul dua individu yang mengaku mereka wakil penganjur melayan kami dengan sangat biadab,” kongsinya.

Radja hadir ke Pejabat Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk melaporkan ugutan bunuh yang diterima selepas menjayakan sebuah konsert di Johor Bharu Ahad lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Kamarul zaman Mamat yang memaklumkan menerima laporan tersebut sekitar pukul 5.34 pagi.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit bersalah.”

“Polis Johor memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan, ” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Ian lagi, Radja menganggap ugutan bunuh sebagai ancaman serius dan menolak sebarang usaha untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

“Pihak berkenaan ada membuat permintaan untuk berdamai tetapi kami tolak dan terus membuat laporan kepada polis.

“Bayangkan kalau situasi ini berlaku kepada kamu, depan anak-anak kamu, diancam mati. Adakah cukup dengan kata maaf setelah buat mental kami terganggu,” jelasnya.

Dalam pada itu, salah seorang lagi anggota Radja memaklumkan penganjur sengaja melayangkan ugutan berkenaan selepas mengetahui mereka bakal kembali ke negara ini untuk membuat persembahan.

“Mereka maklum kami akan kembali ke Johor Bharu selepas bulan Ramadan lantas mengugut untuk membunuh kami.

“Kami kecewa dengan penganjur, ancaman seperti ini adalah perkara serius,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya