Penggunaan nama pentas dalam kalangan selebriti bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, ramai individu yang bekerja dalam industri Hollywood sebenarnya tidak diberi peluang untuk menggunakan nama sebenar mereka.
Apabila nama seseorang pelakon atau artis dianggap ‘terlalu sukar disebut’ atau ‘terlalu asing’,ejen atau pihak industri sering mendesak mereka supaya memilih nama yang lebih ‘berbunyi Amerika’.
Berikut ialah lima selebriti yang pernah menerima tekanan supaya menukar nama mereka demi Hollywood.
Michelle Yeoh
Michelle Yeoh dilahirkan dengan nama asalnya, Yeoh Choo Kheng. Ketika ditemu bual oleh sebuah akhbar antarabangsa, Michelle berkata, dia hanya mula menggunakan nama Michelle apabila memasuki industri filem kerana penerbit mengatakan bahawa nama sebenarnya tidak akan dapat disebut oleh orang lain.
Pedro Pascal
Nama penuh Pedro Pascal ialah José Pedro Balmaceda Pascal. Pada awal kerjayanya, nama Pedro Balmaceda telah digunakan olehnya. Namun, untuk suatu tempoh yang singkat, nama Alexander Pascal pula digunakan bagi mengelakkan dirinya daripada sering diberikan watak stereotaip. Ketika berusia 24 tahun, dia berdepan dengan kematian ibunya.Selepas itu, nama keluarga ibunya, Pascal digunakan sebagai tanda penghormatan terhadap mendiang ibunya.
Zoe Saldaña
Menurut Zoe, semasa dia membintangi Center Stage, penggunaan nama sebenarnya pernah tidak digalakkan oleh pihak pengurusan. Namun begitu, identiti dirinya tetap diraikan oleh mereka.
Pengurusnya ketika itu juga pernah menukar namanya semasa remaja pada era 1960-an kerana perkara tersebut dianggap sebagai sesuatu yang biasa dilakukan. Bagaimanapun, dia mengakui tetap menyukai keunikan namanya sendiri.
Bruno Mars
Nama sebenar Bruno Mars ialah Peter Gene Hernandez. Gelaran Bruno telah diberikan kepadanya semasa kecil kerana wajahnya dikatakan menyerupai ahli gusti Bruno Sammartino.
Pada usia 17 tahun, penyanyi ini berpindah ke Los Angeles. Bruno sering diberitahu bahawa nama keluarganya, Hernandez, lebih sesuai dikaitkan dengan muzik Latin atau muzik Sepanyol.
Oleh itu, nama pentas ‘Mars’ telah dipilih olehnya bagi mengelakkan dirinya daripada distereotaipkan sebagai artis muzik latin semata-mata.
Chloe Bennet
Nama sebenar Chloe Bennet ialah Chloé Wang. Ketika remaja, perpindahan ke China telah dilakukan olehnya untuk menjalani latihan sebagai bintang pop. Namun, selepas beberapa tahun, dia telah memilih untuk menceburi bidang lakonan di Amerika Syarikat.
Di Los Angeles, nama pertama bapanya telah digunakan sebagai nama pentas. Pada 2017, kritikan terhadap pertukaran namanya telah diterima daripada seorang pengguna Instagram. Respons berikut kemudiannya telah diberikan olehnya:
“Pertukaran nama tidak mengubah hakikat bahawa darah Cina tetap mengalir dalam diri saya, bahasa Mandarin tetap boleh dituturkan, dan budaya Amerika serta Cina tetap menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Pertukaran itu dilakukan kerana keperluan mencari rezeki, selain sikap rasis Hollywood yang enggan memberikan peluang kepada individu dengan nama keluarga yang dianggap tidak selesa,”katanya.










