Cagaran wang caruman tak langgar Akta KWSP - Utusan Malaysia

Cagaran wang caruman tak langgar Akta KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman menggunakan wang caruman sudah dirujuk kepada Peguam Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil rujukan itu mendapati tiada percanggahan membabitkan Seksyen 51 Akta KWSP 1991.

Malah jelasnya, pemberian dividen terhadap peminjam tetap akan diteruskan seperti biasa.

“Dari sudut jaminan kepentingan peminjam, dividen akan diteruskan walaupun beri cagaran contohnya RM50,000 sebagai pinjaman.

“Dividen diberi sepenuhnya mengikut kumpulan asal dan tidak dipotong, maka KWSP berasakan dalam beberapa tahun pulangan dapat diperoleh.

“Kalau sejumlah kecil yang gagal membayar tidak memberi kesan parah kerana jumlah induk dan dividen sudah ditambah, jadi kalau berlaku potongan mungkin dari sudut dividen. Risiko itu sangat minimum,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) dalam soalan tambahan meminta Perdana Menteri menjelaskan pandangan mengenai pinjaman bercagar KWSP melanggar Seksyen 51 Akta KWSP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.