Bomba selamatkan lapan pendaki terkandas di Gunung Liang - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan lapan pendaki terkandas di Gunung Liang

ANGGOTA bomba menjalankan operasi membawa turun pendaki yang terkandas di Gunung Liang di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Lapan pendaki yang dilaporkan terkandas di Gunung Liang di sini petang tadi ekoran hujan lebat dan laluan dinaiki air berjaya dibawa turun sebentar tadi.

Kesemua pendaki warga tempatan itu dibawa turun kira-kira empat jam selepas panggilan kecemasan diterima pihak berkuasa pada pukul 5.35 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zaiful Fahmi Mohd. Nazari berkata, kumpulan pendaki itu ditemukan pada jarak 1.5 kilometer dari kaki gunung.

Katanya, kesemua mereka dijumpai dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Salah seorang mangsa menghubungi talian kecemasan 999, memaklumkan mereka terkandas semasa melakukan aktiviti pendakian di Gunung Liang.

“Hujan lebat pada sebelah petang hingga mengakibatkan laluan yang merintangi sungai dinaiki air menyebabkan mereka tidak dapat turun ke kaki bukit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira sejam mendaki untuk tiba di lokasi kesemua mangsa berada.

“Ketika kita sampai, air telah pun surut dan kesemua mangsa menyeberangi laluan tersebut dengan dipantau anggota dan ditemani turun ke kaki bukit.

“Operasi membawa turun mangsa yang tamat pada pukul 10 malam turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Slim Village,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya