KEMAMAN: Seorang wanita yang juga isteri ketiga kepada seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman semalam atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suami di rumah madunya di Taman Gong Pauh, di sini, Ahad lalu. Siti Fazira Mohd. Sofian, 28, yang merupakan peniaga kedai emas membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya