Bekas MB Kedah, Syed Razak meninggal dunia

Bekas MB Kedah, Syed Razak meninggal dunia

SYED RAZAK SYED ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat masalah kesihatan di kediamannya di Taman Anggerik, di sini, hari ini.

Sepupu Allahyarham, Syed Hussin Syed Abbas, 78, berkata, Syed Razak menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi disamping isterinya, Toh Puan Syarifah Hamidah Syed Hamid.

Katanya, tahap kesihatan Menteri Besar kelapan itu semakin merosot dan dilaporkan sakit dada kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Setakat ini kami masih menunggu keputusan untuk proses pengebumian sama ada mengikut penghormatan kerajaan negeri atau diuruskan sendiri oleh ahli keluarga,” katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

Syed Razak merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan yang kemudian menjadi Menteri Besar bermula 1999 hingga 2005.

Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akibat masalah kesihatan dan digantikan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang ketika itu ADUN Pedu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya