Jerebu pada tahap bahaya di Palembang - Utusan Malaysia

Jerebu pada tahap bahaya di Palembang

KUALITI udara di Kota Palembang pada tahap berbahaya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kualiti udara di ibu negeri Sumatera Selatan,  Kota Palembang pada pagi Jumaat berada pada tahap bahaya, menurut laman Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG). 

Memuatkan artikel berkaitan…

Keadaan itu dikesan menerusi pemantauan kepekatan zarah halus PM2.5 di dua stesen pemantauan di Palembang, iaitu di Musi 2 dan Talang Betutu.

Jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah masih menyelubungi udara di bandar Palembang, Sumatera Selatan, sejak seminggu lalu.

“09 Okt 2026, 7.00 WIB (Wilayah Indonesia Barat), 383.6 µg/m3, Kategori: Berbahaya,” demikian status di Talang Betutu yang diakses pada waktu dan laman yang sama pagi ini.

Sementara itu, berdasarkan pantauan dari Stesen Klimatologi (Staklim) Sumatera Selatan  pada  waktu 24 jam terakhir, kualiti udara di Kota Palembang untuk PM2.5 adalah 371.32 µgram/m³ (di atas Nilai Ambang Batas).

“Efek jangka pendek PM 2.5 iaitu penyakit jantung, paru-paru, bronkitis dan serangan asma. Efek kesihatan ini memberi kesan pada bayi, anak-anak dan warga emas,” kata Staklim.

Indonesia sering berdepan kebakaran hutan ketika musim kemarau yang lazimnya berlangsung dari Julai hingga Oktober.

Bagaimanapun, kebakaran tahun ini lebih buruk, seiring fenomena iklim El Nino yang dijangka menjadi paling kuat sejak rekod perbandingan seumpamanya mula dicatatkan empat dekad lalu.

Lebih 202,000 hektar tanah terbakar di seluruh Indonesia antara Januari hingga Julai, menurut kerajaan negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini