Bekalan ayam di Kelantan stabil, dijual pada harga siling

Bekalan ayam di Kelantan stabil, dijual pada harga siling

Harga ayam akan diapung tidak lama lagi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekalan ayam segar di negeri ini masih stabil dan mencukupi untuk menampung keperluan penduduk sepanjang Ramadan.

Tinjauan Utusan Malaysia di daerah ini dan Pasir Mas mendapati bekalan mudah diperoleh namun harga ayam segar dijual pada harga siling iaitu RM9.40 sekilogram.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang peniaga ayam, Ahmad Zaim Zulkifli, 27, berkata, setakat ini bekalan ayam sepanjang Ramadan ini mencukupi dan dihantar setiap hari oleh pembekal.

Menurutnya, walaupun peniaga tidak menghadapi masalah dengan bekalan ayam segar, harga ayam masih lagi tinggi.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan sebanyak 100 ekor ayam setiap hari daripada pembekal untuk dijual sepanjang Ramadan ini.

“Sebagai peniaga, saya amat berharap bekalan ayam segar ini akan mencukupi sehingga Aidilfitri ini serta harga juga dapat diturunkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Ketereh, sini semalam.

Bagi Ahmad Syukri Mohd Suzuki, 20, berkata, dia tidak mempunyai masalah berhubung bekalan ayam segar sepanjang Ramadan ini dan ia dijamin mencukupi.

“Sepanjang Ramadan ini, kita tidak menghadapi masalah berkaitan bekalan ayam segar namun, harga ayam masih lagi tinggi.

“Meskipun kami mendapat harga ayam yang tinggi daripada pembekal, namun kami tetap menjualnya dengan harga di bawah harga syiling yang ditetapkan, ujarnya.

Sementara itu, di Pasar Tasek Raja Pasir Mas mendapati bekalan ayam mentah mudah diperoleh. Bagaimanapun, ayam itu dijual antara RM9.40 hingga RM9.80 bergantung kepada peniaga.

Peniaga Mohd. Zailani Mohd. Zain, 50, memberitahu, bekalan ayam masih banyak di pasaran namun harganya masih mahal.

Katanya, orang ramai juga dilihat mengambil pendekatan berhati-hati dalam berbelanja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN