Baju Raya Rahmah dijual pada harga RM148

Baju Raya Rahmah dijual pada harga RM148

JAKELmemperuntukkan sebanyak 2 juta helai Baju Raya Rahmah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Baju Raya Rahmah pada harga RM148 untuk sepasang baju Melayu yang ditawarkan gedung tekstil terkenal, Jakel selepas sesi libat urus bersama syarikat berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak Jakel memperuntukkan sebanyak 2 juta helai masing-masing satu juta bagi baju Melayu jenama Aaron Aziz dan Nabil Ahmad.

Bagaimanapun, katanya, harga bagi baju wanita tidak dapat ditetapkan kerana ia bergantung kepada perincian aksesori bagi setiap persalinan, namun ia masih di bawah harga mampu milik.

“Pada mulanya Jakel membuat jualan baju Melayu daripada harga RM378 diturunkan sehingga RM258 sehelai. Tetapi apabila sesi libat urus kita dengan pihak Jakel mereka setuju menetapkan harga rahmah pada RM148 yang dijual di cawangan Jakel seluruh negara.

“Ini sudah cukup untuk meredakan bebanan rakyat yang memerlukan pada Hari Raya dan ini pasti menggembirakan,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya yang mahu tahu adakah kerajaan menetapkan harga Baju Raya Rahmah sebagaimana Menu Rahmah pada harga RM5.

Mohd Hisamudin turut bertanya sama ada kerajaan perlu menetapkan had pembelian bagi setiap orang bagi mengelak kemungkinan ada pihak membeli secara borong untuk dijual semula pada harga tinggi yang mengakibatkan matlamat kerajaan tidak tercapai.

Salahuddin berkata, hasil sesi libat urus bersama Jakel memberi jaminan perkara itu boleh dikawal.

“Sesi libat urus bersama Jakel dan nama-nama jenama gedung terkenal lain tahu sama ada orang datang untuk borong atau membeli untuk keperluan keluarga. (Namun kita tidak tetapkan had) boleh beli sebanyak mana pun dalam satu keluarga, tak jadi masalah.

“Jakel membuat tawaran sehingga akhir syawal kerana masyarakat Melayu lepas balik kampung, orang Kuala Lumpur beraya sebulan pula. Sekiranya ada rungutan aduan tentang kualiti, maka boleh diadukan kepada KPDN kerana kita telah menetapkan perjanjian dengan industri dan kita takkan bertolak ansur tentang kualiti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.