Masyarakat antarabangsa tidak boleh bergantung kepada EU, AS - Utusan Malaysia

Masyarakat antarabangsa tidak boleh bergantung kepada EU, AS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masyarakat antarabangsa tidak boleh terlalu bergantung kepada negara Barat termasuk blok Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) dalam mempertahankan prinsip demokrasi serta prinsip keadilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap berdiam diri kuasa besar terhadap konflik antarabangsa terutama melibatkan penindasan rakyat Palestin di Gaza dan penduduk di Selatan Lubnan, jelas menunjukkan semangat demokrasi dan keadilan yang diperjuangkan negara berkenaan semakin terhakis.

Malah, beliau yakin ketidakadilan blok EU dan AS dalam mengangkat prinsip demokrasi pasti berlaku sekiranya kezaliman melibatkan masyarakat Yahudi.

“Semangat demokrasi dan keadilan itu seolah-olah sudah pupus sama sekali apabila penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan penduduk di selatan Lubnan tidak langsung memberi kesan kepada mereka.

“Sebab itu saya sering mengatakan bahawa inilah ciri kemunafikan dan hipokrasi dunia Barat yang sanggup mengizinkan kezaliman terus berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Saidina Hamzah di Taman Batu Muda di sini hari ini.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN