Kilang proses bahan kitar semula terbakar, 80 peratus premis musnah - Utusan Malaysia

Kilang proses bahan kitar semula terbakar, 80 peratus premis musnah

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kilang memproses bahan kilang kitar semula di kawasan perindustrian Taman Maju Jaya, Johor Bahru. UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang memproses bahan kitar semula di Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas di sini musnah hampir 80 peratus dalam kebakaran, pagi tadi.

Pegawai Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Bomba, Muhammad Zaharul Asyraf Zaharin berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 9.03 pagi.

“Operasi pemadaman berdepan kesukaran akibat tekanan air yang rendah, bagaimanapun semuanya terkawal dan tiada mangsa dilaporkan.

“Kerja pemadaman dibuat melibatkan seramai 44 anggota dari enam balai bomba antaranya iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin; BBP Skudai; BBP Kempas dan BBP Tebrau serta tujuh jentera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi.

Tambah Muhammad Zaharul Asyraf, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN