“Bagaimana tangani kemiskinan kalau harga ayam belum selesai?”

Parlimen: “Bagaimana mahu noktahkan kemiskinan kalau harga ayam pun belum selesai?”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2023 pada Februari lalu berhubung menoktahkan kemiskinan dalam negara dianggap tidak relevan kerana isu harga ayam belum selesai. 

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, harga ayam lebih rendah ketika negara di bawah pimpinan kerajaan terdahulu. 

“Bagaimana kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mahu menjamin harga ayam? Macam mana hendak menoktahkan kemiskinan kalau isu ayam pun tidak selesai?

“Peruntukan-peruntukan telah disediakan untuk padi dan beras bagi bidang pertanian; perikanan; lembu dan kerbau untuk daging; tenusu dan babi namun ayam tidak ada. Sekarang ini kita berdepan isu ayam, saya tidak nampak di mana disorokkan tajuk ‘ayam’.

“Rakyat di bawah sangat tertekan, daripada bulan Oktober tahun lalu, harga ayam sekitar RM8 atau RM8.50 sen, hari ini harga ayam sudah mencecah RM10. Kita jangkakan, menjelang bulan Ramadan, harga ayam akan meningkat sehingga RM12 sekilogram,” katanya semasa sesi perbahasan peringkat jawatankuasa bagi kementerian terbabit. 

Syed Abu Hussin Hafiz kemudian menuntut supaya kementerian itu memberitahu masalah yang mendorong kegagalan mereka untuk menyelesaikan isu harga ayam supaya pembangkang boleh memberikan cadangan.

“Saya minta kementerian tunjukkan di manakah butiran dan berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk ayam bagi menyelesaikan masalah harga ayam. 

“Sekiranya pihak kementerian tidak boleh memberikan jawapan penyelesaian, saya mohon berikanlah jawapan masalah supaya kita boleh memberi cadangan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN