Badan khas siasat salah laku anggota penguat kuasa

Badan khas siasat salah laku anggota penguat kuasa

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengesyorkan penubuhan sebuah badan khas untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap salah laku melibatkan semua anggota badan penguatkuasaan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun mengkaji cadangan itu supaya ada mekanisme untuk menyiasat kes salah laku pihak penguat kuasa.

Katanya, cadangan itu dilihat lebih baik berbanding pihak penguatkuasaan terlibat melakukan siasatan dalam terhadap mana-mana anggota terlibat dalam kes salah laku.

“Sekarang saya telah minta Peguam Negara kaji semula cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua badan penguatkuasaan. Kalau ada tuduhan melibatkan pegawai SPRM, imigresen, kastam atau polis, maka ada badan bebas. Sama dalam bentuk suruhanjaya, saya belum pasti. 

“Telah ada arahan supaya badan tidak menyiasat sendiri tetapi ada satu badan lain yang akan menyiasat. Saya rasa tak begitu sukar kerana ada cadangan awal,” katanya dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Beliau menjawab soalan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) berhubung kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya semalam yang mengatakan tahap korupsi dalam kalangan penguat kuasa semakin kronik seperti dilaporkan media.

Menurut Anwar, sebelum ini ada pihak mempertikai mengapa hanya diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menyiasat salah laku anggota polis sedangkan perbuatan itu juga melibatkan semua agensi lain.

“Tetapi ini satu cadangan baik, satu badan bebas yang boleh untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap badan penguatkuasaan, ia melibatkan polis, imigresen, SPRM, kastam dan lain-lain,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya